Sunday, November 2, 2008

KESIHATAN MENTAL

Semalam seorang kawan lama pejabatku merungut ..stress.. tension ..tegang.. rasa macam nak gila .... cepat naik angin dan jadi pemarah dan bila malam susah nak tidur............

Mungkin kerana sekarang ni kerja pejabat terlalu banyak, tak senang duduk dibuatnya. Entah apa-apa pun mereka tak tahu, jadi keliru..terlalu banyak perbincangan, mesyuarat, paper work, kursus, seminar sehinggakan tidak tahu yang mana jadi keutamaan, yang patut di segerakan, yang mustahak dan yang patut disimpan dalam perhatian je..... kadang-kadang tak pasal-pasal hal-hal kecil pun dia mula bertengkar dengan bos dan juga dengan kawan-kawanya.

Bila dia balik kerumah pulak keadaan jadi lebih gawat dengan perangai seorang anak lelaki remajanya suka merokok, ponteng sekolah, melepak di pasar raya dan merempit. Kalau di depanya dia cukup alim, cukup sopan.... tapi kat belakang amboi dialah hero seheroheronya...Dia pun tak tau apa sebabnya.... mungkin juga berpunca dari telatah ibunya yang suka melawan dan bertengkar dan akhirnya anaknya tu jadi bingung dan cari ketenangan sendiri. Hati nya sekarang ni bengkak dan geram...

"Kesihatan mental u ni dah tergugat" kataku padanya, "dan kalau di biarkan terus, mungkin u akan jadi lebih teruk.... gila! ..mengamuk.. pukul orang...melawan bos....dan mungkin juga kamu akan dirujuk masuk hospital bahagia Tanjung Rambutan.."

Dia ternganga , melengu mendengar kata-kataku.. dan dengan nada perlahan katanya "tak sampai gitu kot".........

Aku terus menyatakan padanya kalau dia sekarang ada masalah tak selesa dengan dirinya, dengan keluarganya, di tempat kerjanya dan juga kawan-kawannya itu telah menandakan dia sedang menghadapi tahap stress dan ketegangan yang amat tinggi.... bila-bila masa saja dia boleh meletup dan meledak.....

Aduh... tak ku sangka-sangka....air mata nya meleleh di pipinya........ tanda sedih yg amat sangat..... " apa yang perlu aku buat sekarang ni? " dia merayu padaku.....

Friday, November 24, 2006

TERIMA KASIH

"Berkawan biarlah seribu dan berkasih biarlah satu". Inilah kata-kata keramat, pusaka datuk neneku, bangsa Melayu yang ku pegang sehingga kini. Kujadikan azimat dan halatuju dalam koridor bermasyarakat dan berorganisasi. Pepatah tersebut sesungguhnya adalah kata-kata hikmat yang telah banyak membantu.

Hidup kian bertambah indah dan manis kalau semua yang yang dilakukan adalah jelas ikhlas tanpa "ulterior motives". Disitulah bermulanya puncak kejayaan dalam penghidupan. Bekerja keraslah demi mencapai sasaran impian , insha Allah hidayah dan kurniaan Allah SWT pasti menjelma dalam ruang lingkup masa tanpa diduga. Tetapi sekiranya apa yang dilakukan itu adalah hanya satu lakunan....well....that is the begining of your downfall.

Terima kasih ku panjatkan kepada Maria, Ina, Ly, Muha dan Nabil keluarga terdekat yang amat memahami jiwa dan emosiku. Merekalah telah membina keyakinan dan ketabahanku dalam meniti kehidupan yang penuh pancaroba. Bersyukurku kepada Allah SWT yang telah memberikan aku segala-galanya. Aku puas dan redho dengan apa yang telah ku perolehi dan miliki selama ini. Termasuk harta, ilmu, keluarga, sahabat, rakan-rakan, dan teman-teman baik yang disamping maupun di negara asing. Semoga Allah merahmati hidupkami danjuiga mereka. Amin...ya Rabbal Alamin...


HARS : 25.11.06@12.02.06